Jumaat, 1 November 2013

Kurangkan gula, lebihkan senyuman



Bajet 2014 sudah dibentangkan baru-baru ni. Selain GST yang menjadi topik hangat saya terpanggil untuk meneliti kata-kata kerajaan berkenaan kenaikan harga gula. Kerajaan menarik subsidi gula sebanyak RM0.34 menjadikan harga gula sekarang RM2.84 sekilogram. Saya bukan nak berbahas berkenaan bajet 2014 atau tindakan kerajaan memotong subsidi gula tapi nak komen pasal perkaitan harga gula dengan statistik pesakit diabetes di Malaysia.

Harga gula dinaikkan sebab kebimbangan kerajaan terhadap jumlah pesakit diabetes yang tinggi di Malaysia. Secara teori bila harga gula semakin mahal orang pun berjimat atau kurangkan penggunaan gula dan hasilnya kes diabetes berkurang. Masalahnya bagi pengusaha kedai makan, atau pengeluar minuman dan makanan adakah mereka akan mengurangkan penggunaan gula? Rasanya mereka lebih untung naikkan harga makanan atau minuman daripada risiko kehilangan pelanggan.

Bajet gula 2014 tidak ada kaitan dengan pesakit diabetes

Mari kita lihat fakta, sejak 2006 jumlah pesakit diabetes terus meningkat setiap tahun bermula dengan 11.5% pada tahun 2006 sehinggalah 15.2% pada tahun 2011 sedangkan harga gula telah beberapa kali dinaikkan (lebih sopannya subsidi dipotong) sejak dulu.

Jadi, dekat sini saya tak nampak kaitan atau kesan kenaikan harga gula akan mengurangkan kes diabetes. Lebih tepat lagi, statistik pesakit diabetes tidak bergantung pada harga gula. Lainlah harga gula mahal gila sampai majoriti rakyat Malaysia tak mampu lagi nak beli gula (tak mustahil akan datang).

Apapun, jaga pemakanan dan kurangkan penggunaan gula dalam masakan dan minuman. Elakkan minuman berkarbonat dan minuman pra-campur yang banyak gula. Kurangkan gula, lebihkan senyuman!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...