Isnin, 30 Disember 2013

A Beautiful Day With GLAM

Awal bulan Disember yang lalu telah berlangsung majlis istimewa 'A Beautiful Day with GLAM' di Hotel Vivatel, KL iaitu pada hari Sabtu 7 Disember 2013. Majlis anjuran bersama Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) dan syarikat ini bertujuan untuk mempromosi pakaian dalam Premium Beautiful Elegance serta beberapa produk lain.

Istimewanya majlis ini adalah kerana ia digabungkan dengan peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Kalau yang pernah tengok fashion show dalam tv, serupa macam tu la majlis ni. Satu lagi, majlis ini eksklusif untuk ahli GLAM sahaja dan produk yang dijual pada hari itu ditawarkan dengan harga yang sangat istimewa.

A Beautiful Day With GLAM 

A Beautiful Day with GLAM di Vivatel Hotel KL
Ambil kesempatan bergambar atas pentas sebelum majlis bermula.

A Beautiful Day with GLAM anjuran Green Leaders Academy Malaysia
Barisan Crown Diamond Manager (CDM) dalam GLAM bergambar dengan top dress designer Rizman Ruzaini. Dulu sebelum berbisnes tak kenal pun siapa Rizman Ruzaini tu. Hehee.
A Beautiful Day with GLAM anjuran Hai-O Marketing
Peragaan korset Premium Beautiful Classic dan Premium Beautiful Elegance diikuti peragaan fesyen daripada pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini. 
Adibah Karimah memenangi cabutan bertuah dlm A Beautiful Day with GLAM
Macam biasa tak sah kalau diakhir majlis tiada cabutan bertuah. Kalau sebelum ni nasib kami kurang bertuah tapi hari tu sangat-sangatlah bertuah. Bukan satu tapi dua kami dapat, hamper produk kecantikan yang bernilai hampir RM500 dan sebuah designer handbag bernilai RM2000! Alhamdulillah. Rezeki tak disangka-sangka ni. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...