Isnin, 9 Disember 2013

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif



Pejam celik pejam celik rupanya dah besar anak sulung saya. Rasanya baru lagi kahwin, tup tup dah 7 tahun sekarang. Masa MUT ke 21 baru-baru ni saya tak sempat nak pergi sebab hari tu saya menghadiri majlis graduation Tadika Pelangi Kreatif anak-anak saya di Templer Golf Resort.

Memandangkan wife tak dapat join sebab kena pergi awal ke majlis MUT, terpaksalah saya seorang je yang pergi. Pembantu rumah belum sampai masa tu so kena angkut baby sekali. Kat sana pula baby ni tak reti duduk diam, menggelupur nak turun last-last saya lepas je dia merangkak atas lantai. Nasib baiklah lantai dewan tu berkarpet, at least lembut sikit walaupun takla bersih. Hehe.

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif

Baby Amir Khalif memang tak reti duduk diam. Kalau dukung lama-lama boleh longgar skru siku saya ni ni. Awal pagi tu Kamal Khairi dan Aqil Haarith pergi dulu untuk persiapan, pergi dengan cikgu diorang. Saya dengan baby datang lambat sikit, ketika majlis baru bermula.

Seperti biasa, ada persembahan drp semua pelajar Tadika Pelangi. Actually ada beberapa cawangan Tadika Pelangi yang combine sekali utk majlis graduation ni. Kira penuhlah jemputan dalam dewan besar tu. Saya duk meja belakang, so time persembahan anak-anak sendiri je datang dekat ambil gambar. 

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif di Golf Resort

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif anak-anak

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif lagu bangun tidur gosok gigi

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif persembahan Aqil Haarith

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif drp Kamal Khairi

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif pakai jubah

Habis persembahan, tibalah majlis graduation. Teringat dulu-dulu saya pun pernah melalui masa sebegitu. Seronok je rasa tapi time tu suspense jugak bila fikir nak masuk darjah satu.

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif Aqil Haarith

Majlis Graduation Tadika Pelangi Kreatif Kamal Khairi

Anak nombor dua nampak gayanya akan sambung study kat tadika tu lagi next year. Tahun 5 baru, lagi dua tahun nak masuk darjah satu. Anyway, congratulations my sons! Insya-Allah nanti nak upload videoclip diorang perform atas stage nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...