Selasa, 31 Disember 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014

My Wishlist utk tahun baru 2014

Malam ini tepat jam 12.00 tengah malam berakhirlah Tahun 2013. Sekali lagi kami bakal menyaksikan pesta bunga api di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur. Berdentam-dentum bunyi bunga api diikuti aroma bau belerang yang akan menusuk hidung kami sekeluarga nanti. Hehee...bahasa!

Sebenarnya kami tak perlu nak pergi Dataran Merdeka atau mana-mana tempat sebab dari tingkat 20 kondominium kami semua bunga api yang dimainkan di KL kami boleh nampak. Best kan! Paling seronok pastinya anak-anak lah, tambahan lagi baby Amir Khalif dah berumur setahun, mesti excited dia nanti (kalau tidur nak kejutkan!).

Seperti macam orang lain, saya pun ada wishlist untuk tahun 2014. Banyak kenangan sepanjang tahun 2013 yang ingin saya kongsikan tapi nantilah, hari ni nak share wishlist dahulu.

Wishlist Tahun 2014


Kempiskan perut


Bukanlah saya gemuk pun sekarang, tapi wifey kadang-kadang tegur perut saya dah nampak. Awal-awal bolehlah buat selamba, pastu taknak mengaku tapi kalau perut dah makin membesar memang tak boleh sorok dah. Lagipun pengumpulan lemak di bahagian perut meningkatkan risiko penyakit jantung tau.

Mulakan gaya hidup sihat


Hendak kempiskan perut mesti ada cara dan usaha yang konsisten. Bukan sekadar kurangkan makan. Seriously, kalau nak kurangkan makan sahaja memang fail. Saya ni suka makan, apatah lagi kalau nampak makanan favorite macam sate, asalnya tak lapar pun jadi lapar. Jadi, perancangannya saya bertekad akan konsisten bersenam sekurang-kurangnya sejam 3 kali seminggu. 

Melancong sekeluarga ke Luar Negara


Jujurnya saya belum pernah bawa anak-anak melepasi Selat Melaka atau Sungai Golok atau Laut China Selatan. Paspot diorang pun belum dibuat. Sebelum ni ada bercadang nak bawa anak-anak ke Singapura tapi malangnya ketiga-tiga kad pengenalan mereka hilang dalam simpanan. Harapnya tahun 2014 ini biarlah betul-betul menjadi. Destinasi belum dipastikan, mungkin Gold Coast atau Singapura.

Anak sulung berjaya sebagai pelajar tahfiz


Cita-cita saya dan isteri hendak kan anak sulung kami, Aqil Haarith berjaya sebagai seorang tahfiz. Pelajaran yang akan diterimanya agak berat dan memang ada pelajar yang berhenti setengah jalan. Saya sedia memberi komitmen untuk sama-sama membantu dia agar terus minat dan berusaha gigih.

Tidak mahu jadi seperti 'ketam mengajar anaknya berjalan lurus'


Disamping itu saya berdoa semoga kami sekeluarga sentiasa di bawah limpahan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Mahu meningkatkan amalan mendekatkan diri kepada-Nya. Disamping itu saya mahu memperbaiki hubungan keluarga dan saudara-mara.

Meningkatkan prestasi klinik 50%


Saya masih lagi bertugas sebagai pegawai perubatan di sektor swasta. Banyak faktor yang perlu dinaik-taraf termasuklah kualiti kerja saya sendiri untuk menaikkan nama dan keuntungan klinik. Kalau sakit bolehlah datang ke klinik saya di Rawang, tapi maaflah saya tak jual mc :)

Kembangkan rangkaian bisnes ke seluruh negara


Alhamdulillah hingga kini bisnes kami memang bagus dan sudah ada rakan kongsi dari setiap negeri. Walaupun begitu, kami akan terus mengadakan Business Opportunity Roadshow secara berterusan ke seluruh negara. Tujuannya untuk membantu semua rakan kongsi mengembangkan kumpulan masing-masing dan terus berjaya dalam bisnes.

Dapat first page ranking dalam Google Search Result Page



Buat masa sekarang, saya hanya fokus blog wifey saya iaitu www.adibahkarimah.com untuk naikkan ranking halaman produk. Setakat ini ada beberapa halaman yang sudah berada di halaman pertama Google Search Result Page (SERP) seperti Premium Beautiful dan Bio Velocity Sleep Mate. Tahun 2014 saya akan terus berusaha naikkan halaman-halaman lain juga seperti Garam Buluh, Marine Essence, Biozone Food Purifier dan Mineral Coffee

Inilah wish list saya untuk tahun 2014. Mungkin ada lagi tapi biarlah saya share yang paling utama dan penting sahaja. Semoga berjaya kepada diri sendiri!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...