Sabtu, 18 Januari 2014

Anak didera pembantu rumah

Kamal Khairi anak kedua ketika usia 10 bulan ketika Hari Raya
Kamal Khairi
Salam. Kelmarin (Jumaat) adalah cuti umum Thaipusam tapi sekolah Maahad Tahfiz dimana anak sulung saya belajar tidak cuti, persekolahan macam biasa. Untuk pengetahuan, sekolah tahfiz MATAQU ni ada takwim sendiri, tidak mengikut kalendar cuti umum Malaysia. Apatah lagi kalau cuti perayaan bukan Islam, mestilah tidak ikut dan cuti sekolah pun dengar khabar cuti sekolah pun dipendekkan kerana dikhuatiri pelajar terlalu leka dengan cuti dan lupa ayat hafazan.

Berbalik kepada tajuk, saya nak cerita kisah penderaan anak saya oleh pembantu rumah. Kisah ni terjadi kira-kira 2 tahun lepas ketika kami baru berpindah ke Kuala Lumpur dan menetap di Wangsa Maju. Pembantu rumah tersebut adalah yang kedua bekerja dengan saya selepas pembantu rumah pertama berhenti sebelum habis kontrak. Pembantu rumah ini berasal dari Madura, Indonesia dan pertama kali sampai ke Malaysia dan mengaku tiada adik-beradik mahupun saudara di sini.

Pembantu rumah tu tampak alim, tak banyak cakap, lemah lembut, bertudung dan berumur awal 40-an. Kerjanya biasa saja, tapi tidak kisahlah asalkan boleh jaga anak-anak saya. Dipendekkan cerita, selepas setahun kerja dia sudah ingin berhenti dan pulang ke kampung. Kami tidak setuju sebab kontrak kerja 2 tahun tetapi selang beberapa hari datang seorang lelaki Indonesia ke rumah dan mengaku adiknya, mahu bawa dia pulang bersama ke Madura.

Atas nasihat ibu, kami lepaskan dia kerana tak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau tidak bagi pun pasti dia akan lari esok lusa. Lagipun kepercayaan kami terhadap dia sudah hancur, bila sudah mula cakap berbelit dan malas buat kerja rumah sejak diberitahu mahu berhenti. Lagipun pembantu rumah boleh dicari, tidak berbaloi untuk merisikokan rumahtangga dan anak-anak demi mengelakkan sedikit kerugian.

Beberapa minggu lepas dia berhenti, saya terserempak dengan jiran belakang. Pakcik ini tinggal dengan isteri dia, dan selalu ada di rumahnya. Selepas bertanya khabar, pakcik tu mula bercerita pasal pembantu rumah saya. Ceritanya, kadang-kadang dia terdengar anak nombor dua saya menangis menjerit-jerit. Rupa-rupanya anak saya dikurung dibelakang rumah diwaktu pagi, ketika kami keluar bekerja dan anak sulung bersekolah tadika. Namun tidak pasti berapa lama setiap kali anak saya dikurung.

Sebenarnya rumah yang kami sewa itu terletak di Wangsa Ceria, rumah teres dua tingkat. Sempit je rumah tu dan belakang dapur rumah saya bersambung dengan dapur jiran belakang. Kiranya macam satu runag kecil berlantai simen dan dinding disekelilingnya, 3 x 6 kaki luasnya. Bilik nombor dua kat tingkat atasnya pun di belakang, jaraknya cuma 6 kaki dari bilik rumah belakang, memang rapat dan boleh nampak dan dengar dengan jelas kalau tingkap dibuka.

Walaubagaimanapun, syukur kepada Allah tiada kecederaan fizikal pada anak saya selama pembantu rumah itu bersama kami. Harapnya itu sahaja yang diperlakukan kepada anak saya, yang baru nak masuk 2 tahun tidak ingat apa-apa. Cuma nasihat saya, walau nampak baik macam mana pun pembantu rumah anda, jangan sesekali percaya 100%. Kalau ada bajet, pasanglah CCTV dalam rumah untuk pantau aktiviti pembantu rumah anda.

Pengalaman saya dengan ejen dan pembantu rumah sekarang memang banyak. Saya kenal mana ejen penipu dan mana ejen yang jujur. Kalau anda inginkan pembantu rumah, untuk menjaga anak-anak atau untuk menjaga orang tua, boleh hubungi saya di 012-3433661. Saya boleh rekomenkan ejen pembantu rumah yang jujur dengan harga yang berpatutan. Sila SMS atau WhatsApp nama penuh dan lokasi anda kepada saya untuk maklumat lebih lanjut.

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...