Sabtu, 24 Januari 2015

Jet Lag dan post-vacation stress!


Alhamdulillah sepanjang perjalanan kami ke negara Hungary dan Austria baru-baru ini tiada sebarang masalah. Semuanya berjalan lancar bermula dari KLIA, semasa di sana sampailah pulang semula ke tanahair tercinta. Cuma ada satu masalah iaitu jet lag. Trip kali ini saya alami jet lag yang paling teruk berbanding trip-trip ke Eropah sebelum ini.

jet lag dan post vacation stress bila balik bercuti di Eropah bersama Awesomazing Team dan Team Hebat Berniaga Online

Bayangkan perbezaan zon masa di negara Hungary dan Austria dengan Malaysia adalah 7 jam. Ini bermakna waktu tidur ketika berada di sana sebenarnya sudah menjelang subuh di Malaysia. Tidur pada jam 10 malam disana dah terjaga pukul 3 pagi. Lepas tu nak tidur balik dah tak boleh. Rupa-rupanya jam biologi badan saya masih mengikut waktu 10 pagi di Malaysia.

Biasanya jet lag ni ambil masa beberapa hari untuk badan mengatur balik jam biologi atau ritma sirkadian yang telah ditetapkan mengikut perubahan suhu badan, paras hormon tertentu dan faktor biologi lain. Biasanya ia lebih teruk apabila sesorang mengembara merentasi dua atau lebih zon masa dan kehilangan masa iaitu dari arah barat ke timur.

Balik ke Malaysia lebih teruk, rasa pening kepala macam tak cukup tidur berlarutan sehingga 3-4 hari. Agaknya baru je jam biologi nak sesuaikan masa di Eropah dah balik sini semula. Memang lintang-pukanglah jawabnya. Bukan itu saja masalahnya, ada lagi masalah lebih serius yang saya alami iaitu stres selepas percutian atau lebih sedap didengar 'post-vacation blues'.

Rasa malas nak pergi kerja, tak ada mood nak pergi gym, hilang selera makan dan rasa tertekan adalah simptom-simptom yang saya alami untuk beberapa hari sejak saya balik. Biasalah bila hati tengah gembira ketika bercuti di sana bila balik terus masuk kerja dan kembali kepada rutin kehidupan asal mestilah terasa boringnya.

Tapi Alhamdulillah sekarang dah rasa normal. Kasihan isteri saya Adibah yang sekarang ni sedang demam panas. Sudahlah kena jet lag, post-vacation blues memang terang lagi bersuluh sekarang demam panas pula. Moga cepat sembuh ye sayang, lepas ni kita pergi Bangkok pula ye.

Sementara tu jom layan gambar Instagram kami semasa berada di Hungary dan Austria. Cari hastag Awesomazing Team ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...