Selasa, 25 Februari 2014

Posisi tidur yang betul untuk menjaga kesihatan


Posisi tidur sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu miring ke kanan memberi kebaikan kesihatan
posisi tidur mengiring ke kanan yang betul
Islam menganjurkan posisi tidur yang betul iaitu mengiring ke kanan. Diantara hadis yang menyebut tentang hal ini adalah seperti di bawah:

"Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu."
(HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)


"Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya."
(HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

"Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan!"
(HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710)


Para saintis mengakui posisi tidur mempengaruhi kesihatan tubuh dan tulang belakang. Saintis bersetuju ada dua posisi tidur yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami sakit belakang ataupun ingin mencegah sakit belakang iaitu posisi mengiring dan posisi tidur terlentang. Kedua-dua posisi ini didapati dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang dalam keadaan lurus, seterusnya dapat mencegah sakit belakang.

Kajian saintifik moden juga telah mengesahkan posisi tidur cara mengiring ke kanan dapat menjaga kesihatan jantung. Kajian telah dilakukan untuk menilai kesan autonomi sinaps sistem saraf jantung bagi tiga posisi tidur yang berbeza, iaitu posisi terlentang, posisi mengiring ke kiri dan posisi mengiring ke kanan.

Hasil kajian tersebut menunjukkan posisi mengiring ke kanan merangsang aktiviti saraf vagus jantung disamping mengurangkan aktiviti saraf simpatetik. Rangsangan saraf vagus jantung memberikan kesan anti-arritmia, iaitu mengekalkan rentak jantung yang seragam dan mencegah serangan jantung akibat arritmia ketika tidur. Sebaliknya posisi mengiring ke kiri dikaitkan dengan peningkatan aktiviti sistem saraf simpatetik dan meyebabkan penyakit kegagalan jantung kongestif bertambah teruk.

Posisi tidur yang mesti dielakkan ialah meniarap kerana ia menyebabkan leher anda meregang keatas dan terpusing ke luar. Ini memberi tekanan kepada sendi bahagian tengkuk tulang belakang dan akhirnya boleh meyebabkan sakit belakang. Tidur meniarap juga dilarang dalam Islam sebagaimana sebuah hadis "Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas baginda berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah."-Hadis riwayat Tarmizi.

Sebagai rumusan, posisi tidur yang paling baik adalah secara mengiring ke kanan. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak diceritakan disini selain ia menjaga kesihatan tulang belakang dan jantung. Apatah lagi bagi kita yang beragama Islam akan diberi ganjaran pahala daripada Allah SWT jika mengamalkan amalan sunnah ini. Wallahua'lam.

Rujukan:
1) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3183634/#ref20
2) http://www.webmd.com/pain-management/features/back-dos-donts
3) http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0735109702027171

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...