Isnin, 10 Mac 2014

#PRAYFORMH370


Doakan keselamatan mangsa pesawat MH370

Pagi ini sudah masuk hari ketiga misteri kehilangan pesawat MH370. Gerakan mencari secara besar-besaran sedang giat berlangsung dari pelbagai pihak termasuklah FBI. Tatkala itu banyak pula spekulasi yang timbul berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Pendapat saya, tidak perlu nak hebahkan teori-teori yang belum disahkan benar oleh pihak kerajaan. Tidak kiralah dari mana sumber berita tersebut, kerana saya dapati ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini. Semua orang tidak sabar nak tahu berita terkini dan akibatnya mudah percaya dengan berita angin.

Saya yakin pihak berwajib tahu apa yang mereka buat dan sedang meneliti segala kemungkinan yang terjadi kepada peswat MH370 termasuklah kemungkinan ianya dirampas oleh kumpulan pengganas. Biarlah pihak berkuasa yang menyiasat, bukannya kerja kita. Apatah lagi kalau FBI yang selalu kita tengok hebat menyelesaikan masalah misteri dalam kaca tv pun turut serta menyiasat dalam kes ini. Tugas kita ialah sentiasa berdoa kepada Allah semoga semua penumpang dan anak kapal MH370 berada dalam keadaan selamat.

Bukan niat saya untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat MH370, jauh sekali hendak menyebarkan berita angin. Sebab saya pernah terpercaya berita angin sebelum ini dan saya mohon kalian semua pun janganlah membuang angin di laman sosial. Saya tak mahu baca dan tidak suka kalau terbaca terutamanya bila ada orang menyebarkan pendapat yang pesawat MH370 terhempas ke laut dengan kelajuan tinggi dan peluang kesemua mangsa untuk hidup adalah mustahil. 

Itu cuma teori tapi ingat Allah Maha Berkuasa, kejaiban boleh berlaku diluar jangkaan akal manusia. Lagipun, apa perasaan ahli keluarga mangsa bila baca status tersebut yang dikeluarkan beberapa jam saja lepas terputus hubungan dengan pesawat itu. Putus harapan kan? Selagi pesawat MH370 belum dijumpai marilah kita sama-sama berdoa minta Allah berikan perlindungan dan keselamatan kepada semua mangsa tragedi ini. Insya-Allah. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...