Jumaat, 22 Ogos 2014

Tuala wanita punca barah pangkal rahim?


Walaupun isu ini sudah lapuk tetapi sejak baru-baru ini saya memandang serius akan persoalan ini. Bukanlah sebab saya sekarang memakai tuala wanita tetapi ada produk tuala wanita terbaru namanya Bio Seleza Feminine Pad yang dikatakan mampu mencegah barah pangkal rahim selain membantu merawat penyakit-penyakit berkaitan organ peranakan wanita.

Tuala wanita punca barah pangkal rahim?


Berita adakah tuala wanita punca barah pangkal rahim

tuala wanita mungkin punca barah pangkal rahim

Barah pangkal rahim atau kanser serviks adalah barah ketiga tertinggi dicatatkan dikalangan wanita selepas barah payudara dan barah kolorektum. Di Malaysia sahaja, dianggarkan seramai 1500 orang wanita disahkan menghidap barah pangkal rahim setiap tahun. Manakala statistik daripada WHO menunjukkan seramai 250,000 orang wanita meninggal dunia setiap tahun akibat barah pangkal rahim.    

Dioksin dalam tuala wanita sangat berbahaya dan menyebabkan barah pangkal rahim

Tuala wanita yang biasa mengandungi sejenis bahan kimia bertoksik yang paling berbahaya iaitu Dioksin (Dioxin). Dioksin terhasil semasa proses pelunturan bahan mentah yang terdiri daripada kertas kitar semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu untuk dijadikan bahan penyerap bendalir dalam tuala wanita. Walaupun kuantiti dioksin pada tuala wanita amat sedikit tetapi ia boleh meresap melalui lapisan mukosa faraj dan kekal di dalam tisu badan untuk tempoh masa yang lama.

proses pelunturan menghasilkan bahan untuk tuala wanita sangat berbahaya dan menyebabkan barah pangkal rahim

Saintis menyifatkan Dioksin sebagai bahan kimia yang paling toksik. Ia juga adalah karsinogen, iaitu bahan kimia yang boleh menyebabkan sel-sel badan berubah menjadi tidak normal iaitu sel barah. Hakikatnya kita sentiasa terdedah kepada bahan kimia yang berbahaya dalam persekitaran seperti plumbum daripada cat lama, karbon monoksida daripada asap kenderaan, asap rokok, racun serangga dan sebagainya. 

Namun tahap keracunan yang diterima bergantung kepada pelbagai faktor seperti jenis bahan kimia, tahap ketoksidannya, kuantitinya, tempoh pendedahan, kekerapan pendedahan, cara ia masuk kedalam tubuh dan tahap kesihatan seseorang itu sebelum ia menunjukkan kesannya. Untuk pengetahuan, bahan kimia boleh memasuki badan bukan saja melalui pemakanan tetapi juga melaui kulit dan lapisan mukosa seperti bahagian faraj.

Jadi dalam isu ini, seorang wanita secara purata akan menggunakan lebih kurang 15,000 keping tuala wanita dalam tempoh lebih kurang 35 tahun mengalami haid sepanjang hidupnya. Belum lagi dikira jumlah pelapik seluar dalam (pantyliner) yang digunakan. Walaupun kuantiti dioksin pada sekeping tuala wanita adalah amat sedikit tetapi jika didedahkan pada lapisan mukosa faraj selama itu sudah pastinya akan meningkatkan risiko menghidap barah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...