Jumaat, 17 Oktober 2014

Throwback ketika melancong ke Shanghai


Ketika melangkah masuk ke AP Plaza terasa biasa saja seperti Sungei Wang atau Low Yat Plaza. Tetapi sangkaan saya meleset sama sekali apabila terpaksa rela membeli sebuah beg kargo oleh seorang amoi. Niat asal cuma nak survey harga saja tapi amoi tu tak nak 'lepaskan' saya bila saya kata mahal dan cuba beredar. Sebenarnya kat sini ada pantang-larang. Jangan tanya harga kalau taknak beli.

Kemudian amoi tu paksa saya tawarkan satu harga dan saya fikir jika saya cuba tawarkan harga yang tersangat murah pasti dia halau saya dengan sukarela, tetapi tidak. Ditariknya tangan saya dan berlakulah perang tawar-menawar harga yang sangat sengit sehingga akhirnya amoi itu kalah dan merelakan harga yang saya mahu. Murah sangat sebab hanya 20% daripada harga yang mula-mula dia beritahu!

Shopping barang china murah di AP Plaza

Laluan masuk ke AP Plaza macam tak glamer kan. Serupa nak masuk stesen keretapi bawah tanah je.

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing

Mereka dua orang ni adalah pemandu pelancong bas kami, iaitu Bas E2. Nama amoi sebelah kanan tu Joyce dan yang sebelah kiri tu Samantha. Joyce tu orang tempatan manakala Samantha tu bekerja dengan agensi pelancongan syarikat kami.

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing di TV Tower

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing ATeam

makan masakan cina muslim di shanghai restoran halal

Tidak risau nak makan dimana sebab kat sini banyak restoran halal. Lagipun semuanya sudah dirancang oleh syarikat. Makan saja sampai kenyang. Sebelah malam kami ada jamuan makan malam bersama semua delegasi syarikat. Kami berpakat pakai baju tradisi Cina iaitu chiong san yang dibeli di AP Plaza.

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing di GALA Dinner

Satu kemestian setiap kali melancong mesti ada Gala Dinner bersama pengarah syarikat. Seronoknya sebab ada cabutan bertuah, sambutan hari lahir dan persembahan-persembahan yang mengujakan. Makanan pula semestilah banyak dan menyelerakan.

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing dan Awesomazing team

Diantara persembahan pada malam itu.

Melancong percuma ke Shanghai bersama Hai-O Marketing dan Awesomazing team

Barisan pelakon drama kantonis?

Melancong percuma ke Shanghai bersama HBO dan ATEam

Bersama 'pengarah' filem CDM Ah Hok

kenangan di the bund shanghai

Menikmati pemandangan bandar Shanghai diwaktu siang di The Bund. Perhatikan bentuk bangunan yang unik. Setiap bangunan mempunyai rekabentuk dengan tujuan atau alasan yang tersendiri.

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team di jade store

Di luar kedai batu permata dan jed di Shanghai. Sesiapa yang minat batu jed bolehlah shopping kat sini. Walaubagaimanapun mesti hati-hati agar tidak tertipu dengan harga yang ditawarkan. Dekat luar pun banyak batu jed dijual dengan harga yang jauh lebih murah tetapi awas dengan yang palsu. Lebih baik jangan beli kalau tidak mahir membezakan yang mana asli dengan tiruan.

Melancong ke Shanghai dengan Awesomazing team

Kata mereka tugu batu jed ni ada 'aura' yang boleh menyihatkan badan.   

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team pergi kedai sutera cina

Pelapik tilam yang diperbuat daripada kepompong ulat sutera. Harganya lebih kurang RM600 untuk saiz queen bed. Saya tak beli sebab dah ada pelapik tilam paling best iaitu Bio Velocity Sleep Mate. Selain itu ada juga dijual kain ela, baju siap jahit, tudung, t-shirt dan pelbagai barang cenderahati yang diperbuat daripada sutera.

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team menaiki cruise

Naik cruise menyusuri sungai yang memisahkan Shanghai Timur dan Shanghai Barat. Lebih kurang sejam juga dapat menikmati pemandangan indah bandar Shanghai pada waktu malam. Setiap bangunan mempunyai bentuk yang unik dan dilitupi cahaya lampu yang cantik berwarna-warni. Sememangnya tak ada di Malaysia.

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team di istana tradisi cina

Melihat-lihat bangunan tradisional dan istana lama China. Sempat bergambar di luar sahaja sebab masa diperuntukkan sangat terhad. Cenderahati pun mahal kat sini.

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team pakai baju maharaja cina

Kenangan bergambar sebagai Maharaja Cina dahulu-kala. Ramai orang tak tau kat mana tempat ni sebab ia terletak di atas bumbung bangunan. Maharaja atau Mahaguru??

Melancong percuma ke Shanghai dengan Awesomazing team sebelum check in

Beg 'Transformers' yang terbeli di AP Plaza tu berwarna kuning jingga macam Bumblebee. Masa ni dah bersedia nak check in balik ke KL. Nantikan klip video kami di Shanghai yang kini masih dalam pembikinan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...