Rabu, 4 Februari 2015

Risiko berurusan dengan ejen Indonesia


Risiko ditipu ejen pembantu rumah Indonesia

Setiap hari ada saja yang menghubungi saya berkenaan pembantu rumah. Walaupun bukan saya yang membawa masuk pembantu rumah tetapi saya kenal beberapa orang ejen pembantu rumah tempatan yang menguruskan pembantu rumah Indonesia. Mereka juga menyediakan perkhidmatan bagi urusan permohonan permit kerja dan urusan penghantaran balik ke Indonesia.

Seringkali saya dapati ramai yang menghubungi saya pernah ditipu ejen pembantu rumah dan kebanyakannya berpunca daripada ejen Indonesia. Dahulu saya pernah ditipu ejen Indonesia tetapi sekarang saya sedar kebanyakan mereka tidak bertanggung-jawab. Maksud saya disini, mereka bagus bila urusan berjalan lancar dan selagi bisnes menguntungkan mereka.

Hakikatnya berniaga tidak selalu untung. Adakalanya masalah timbul dan terpaksa mengalami kerugian. Disinilah anda semua boleh menilai sekiranya ejen tersebut benar-benar jujur dan amanah. Duit deposit dah diambil beribu-ribu ringgit tetapi pembantu rumah yang dijanjikan tak tiba-tiba. Hari menjadi minggu, akhirnya menjadi bulan dan akhirnya majikan sedar yang dia sudah ditipu.

Fikirlah betul-betul sebelum berurusan dengan ejen Indonesia. Apa jaminan dia? Mungkin dia pernah bekalkan pembantu rumah kepada rakan atau saudara kita tetapi itu tidak menjamin urusan akan datang. Walaupun anda ada menyimpan resit transaksi atau surat perjanjian dengan ejen tersebut tapi bila berlaku penipuan sebegini anda tetap buntu.

Biasanya ejen Indonesia akan meminta wang pendahuluan. Jumlahnya tidak tentu dari minima RM1000 sehinggalah RM5000. Mungkin kos yang ditawarkan lebih murah dibandingkan dengan harga yang ditawarkan ejen tempatan tetapi berbaloikah untuk menanggung risiko ditipu? Sekurang-kurangnya anda tahu mana nak cari ejen tempatan sekiranya timbul masalah.

Nasihat saya, kalau anda memerlukan pembantu rumah. Carilah agensi pembantu rumah berlesen dan jika ingin berjimat boleh hubungi saya untuk saya kenalkan kepada ejen-ejen tempatan yang jujur dan dipercayai. Kadang-kadang masalah boleh timbul dan kita tak boleh lari dari masalah. Ejen saya tak akan lari dan akan selesaikannya. Tetapi ejen Indonesia boleh lari menghilangkan diri bersama duit anda!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...