Sabtu, 28 Mac 2015

Impian melancong ke Bangkok


Melancong percuma ke Bangkok Thailand bersama Awesomazing Team

Walaupun berjiran tapi saya tak pernah menjejakkan kaki ke Thailand. Sebelum ini pernah menetap di Changlun Kedah tapi tak pernah melepasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam. Nak tahu kenapa? Sebabnya masa tu tak biasa lagi keluar-keluar negara ni, paspot pun tak ada. Tak berani je rasa nak keluar sempadan walaupun ke Danok di sebelah sempadan saja.

Itu cerita dahulu kala. Sekarang saya dan isteri dah ada paspot (haha!) dan kerap keluar negara pergi melancong negara-negara Eropah dan Asia. Pengalaman pertama melancong ke Switzerland dan Jerman beberapa tahun dahulu sangat mengujakan. Siapa sangka 'barang' percuma pun bertaraf 5 bintang. Ingatkan trip yang ditaja mestilah biasa-biasa saja sebab percuma dan nak jimat kos tapi sangkaan saya salah.

Trip-trip seterusnya pun memang best walaupun trip ke negara 'murah' seperti vietnam. Sebut Vietnam orang tak hairan sangat sebab kalau nak pergi naik kapal terbang tambang murah Airasia pun tiket berapa puluh ringgit saja. Tetapi pakej yang diberi kepada kami bukanlah pakej bajet. Semuanya yang tip top bermula dengan penerbangan, hotel, tempat makan dan sebagainya. Tak sangka kan jual korset Premium Beautiful dapat melancong percuma sampai macam tu.

Trip ke Bangkok ini pula dijangka berlangsung pada bulan Ogos, yakni selepas raya puasa. Saya yakin trip ke Bangkok kali ini lebih mengujakan berbanding Vietnam. Kenapa? Sebab bini saya tu penggemar tomyam dan seafood. Mesti dia paling seronok nanti sebab trip-trip sebelum ni dia terpaksa bawa maggi sebab tak selera makan makanan omputeh. Siapa nak sertai kami ke Bangkok bolehlah hubungi Adibah Karimah. Bak kata pepatah "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...