Khamis, 27 Ogos 2015

Bangkok kena bom!


Riang-ria hendak bercuti ke Bangkok bertukar resah-gelisah dan takut bila diberitakan kotaraya Bangkok dibom hanya beberapa hari sebelum kami berangkat ke sana. Lagi cuak bila lokasi pengeboman tersebut terletak hanya beberapa kilometer saja dari hotel kami akan menginap. Bertambah takut lagi bila tahu yang pengebom terbabit mensasarkan tempat tumpuan pelancong dengan tujuan melumpuhkan industri pelancongan Bangkok!

Sahajidah Hai-O Marketing batalkan percutian ke Bangkok kerana dibom

Kemuncak ketakutan apabila tak sampai 24 jam satu lagi letupan bom berlaku tidak jauh dari situ. Walaupun kali ini tiada kehilangan nyawa tapi ramai diantara kami sudah mengambil keputusan ingin menarik diri dari percutian ke Bangkok ini. Namun syarikat kami Sahajidah Hai-O Marketing lebih awal telah bermesyuarat dan mencapai kata sepakat untuk membatalkan percutian ke Bangkok dan diganti dengan tempat lain. Sungguh ini mencerminkan ia sebuah syarikat yang besar dan kuat.

Kami bersyukur kerana tidak 'terpaksa' melancong ke Bangkok pada waktu begini. Syukur juga kerana syarikat begitu prihatin terhadap keselamatan kami semua dan sanggup mengalami kerugian 2 juta ringgit kerana membatalkan perjalanan ke Bangkok yang melibatkan 800 orang usahawan. Ini mengingatkan saya sewaktu melancong ke Paris syarikat juga kerugian lebih 600 ribu ringgit apabila terpaksa merancang balik perjalanan kami akibat terperangkap dalam ribut salji.

Malahan syarikat juga telah menggantikan percutian kami ke tempat lain iaitu Vietnam! Syukur Alhamdulillah. Bukan senang nak susun balik jadual ni. Saya fikir-fikir balik sebenarnya kalau syarikat tetap teruskan perjalanan ke Bangkok dengan baki ahli kumpulan yang berani, kami yang tarik diri ni tak pun rasa menyesal atau menyalahkan syarikat. Rasa-rasa kalau syarikat lain pun macam ni ke? Sanggup menanggung kerugian walaupun bukan salah dia.


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...