Rabu, 18 November 2015

Ceritera pengalaman di Switzerland


Melancong adalah tarikan utama kenapa saya join bisnes ini. Saya suka melancong ke negara asing melihat melalui pengalaman yang berbeza di tempat asing. Kalau hanya setakat tengok gambar atau dokumentari dalam media memang tak puas sebab tak dapat rasa sendiri dengan semua pancaindera yang ada seperti bermain salji, menikmati makanan mereka dan melihat persembahan mereka secara live.

Negara Eropah pertama yang saya dan Adibah pergi ketika mula-mula berbisnes adalah Switzerland pada tahun 2010. Memang kebiasaan kompeni akan jalankan trip ke dua buah negara serentak dan Jerman adalah negara kedua kami pergi dalam trip ini. Semuanya rancangan telah diatur rapi dan percuma termasuklah tiket kapal cruise dan sebagainya.

Chapter One :
Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Eropah


Kami berlepas dari KLIA menaiki penerbangan Qatar Airways singgah di Doha International Airport sebelum meneruskan penerbangan ke Zurich, Switzerland. Sampai di sana terus pergi membeli-belah di Bally Factory Outlet dan beberapa lagi tempat shopping. Kemudian dibawa melawat beberapa tempat menarik di bandar Zurich dan berhenti solat di masjid besar. Kami bermalam di Hotel Astoria di Zurich.

Trip melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
cantik kan songkok pramugari tu...

Trip melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O Marketing
selfie jarak jauh dalam stesen kapal terbang Doha

Melancong percuma ke Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
first time dapat trip percuma

Trip melancong percuma ke Zurich Switzerland bersama Sahajidah Hai-O
pekan yang sejuk dan tenang sekali

Bercanda di jambatan Sungai Limmet Zurich Switzerland
ber'dating' di Sungai Limmet Zurich

Kenangan di jambatan Sungai Limmet Zurich Switzerland
Sungai Limmet ini membelah dua Zurich 

Membeli-belah permata Swarovski di Zurich Switzerland
sini terkenal dengan batu permata Swarovski

Shopping jam Rolex dan Rado di Bucherer Switzerland
wisma Bucherer tempat jual jam mewah Rolex, Rado dsb

Kilang jenama Bally di Zurich Switzerland
kilang Bally

Melancong free bersama Awesomazing Team di Switzerland
shopping pakaian sukan berjenama di factory outlet 

Melancong free bersama Awesomazing Team di Zurich Switzerland
berhenti solat di Masjid Mahmud

Menginap di Hotel Astoria ketika melancong free ke Switzerland
menginap di Hotel Astoria

bersambung...
Next entry - Chapter Two : Pengalaman pertama kali bermain salji 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...