Selasa, 10 November 2015

Jangan beli BMW sebelum baca ini


Saya pasti ada pemilik kereta BMW pernah alami perkara yang sama saya tempuhi di pusat servis BMW baru-baru ini. Ketika dibeli 3 tahun yang sudah kereta BMW F30 kami diberi waranti selama setahun dan servis termasuk alat ganti percuma selama 3 tahun atau 60,000 km yang mana terdahulu. Tiada sebarang isu sehinggalah..

Usia kereta mencecah 3 tahun dan bersedia untuk major servis. My dearest Adibah telah bawa kereta tu untuk diservis pada 21 Oktober. Anggapan saya servis masih lagi percuma kerana mileage ketika itu 59,777 km dan saya agak tarikh kereta dibeli adalah sama dengan tarikh di roadtax kereta iaitu 21 Oktober.

Kecewanya kami ketika di pusat servis kami dimaklumkan bahawa usia kereta itu sudah melebihi 3 tahun dan tiada lagi servis percuma. Mereka nyatakan tarikh kereta dibeli adalah pada 17 Oktober 2012 iaitu sudah terlebih 4 hari. Kami boleh teruskan servis tapi perlu membayar kos keseluruhan iaitu lebih kurang RM 2000!

Daripada pengalaman diatas saya ingin berkongsi beberapa perkara yang saya sendiri tak tahu selama ini agar semua pemilik BMW atau sesiapa yang berhajat membeli kereta BMW tidak terkena seperti saya nanti.

Anda perlu tahu bahawa:

  • Semua maklumat kereta disimpan dalam kunci kereta. Ia umpama pen drive setiap kali kita servis kereta maklumat akan dikemaskini. Jadi tiada buku rekod servis perlu dibawa setiap kali servis. 
  • Tempoh servis percuma tidak sama. Jika 3 tahun percuma maka jangan sampai terlebih walaupun sehari. Katanya sistem komputer sudah ditetapkan dan tidak boleh diubah atau dirunding jika tempoh sudah tamat. Contohnya jika kereta dibeli pada 17/10/2012 maka andaian saya tempoh servis percuma akan tamat pada 17/10/2015.
  • Tarikh sebenar kereta anda dibeli. Mereka cakap saya beli pada 17 Oktober 2012 tetapi tarikh pada Perjanjian S&P adalah 19 Oktober 2012. Ini bermakna hari saya bayar duit deposit pada 17/10/2012 adalah dikira tarikh beli.

Sistem komputer iDrive BMW F30 320i

  • Anda boleh tengok rekod servis kereta anda dalam iDrive, iaitu komputer dalam kereta BMW. Perhatikan untuk servis-servis tertentu ia memaparkan 2 jangka ukur iaitu Tarikh servis berikutnya dan satu lagi jumlah jarak perjalanan dalam km yang berbaki sebelum perlu diservis.
  • Jarak perjalanan (km) yang berbaki pada iDrive tidak menurun secara sejajar dengan jarak perjalanan sebenar. Contohnya selepas tukar minyak enjin iDrive akan memaparkan baki jarak baharu sebanyak 10,000 km tetapi masih berbaki 3,000 km setelah memandu hampir 30,000 km.

Sistem iDrive BMW yang canggih

Sistem iDrive BMW yang canggih melaporkan rekod servis

  • Paparan pada iDrive akan bertukar kepada amaran 'change overdue' jika anda melepasi Tarikh servis tidak kira berapa jarak km yang berbaki. Contonya jika service due pada iDrive menunjukkan tarikh 10/15 (bulan 10 tahun 2015) atau baki jarak 3,000 km ia hanya akan mengeluarkan amaran 'change overdue' pada 1 November 2015.
  • Saya hanya diberitahu untuk melihat baki km untuk tujuan servis tanpa menyebut berkaitan Tarikh servis. Maksudnya tak payah servis selagi tak keluar amaran 'change overdue' menurut pegawai incaj bahagian servis. Bijaklah tu sebab memang confirm masa tu dah tamat tempoh servis percuma. Padahal boleh je servis kalau dah masuk bulan Oktober 2015.
  • Akhir sekali, jika anda mengalami masalah ini atau apa-apa jua masalah jangan bertekak di situ sebab anda tetap akan kalah dengan sistem komputer BMW. Senang saja, keluarkan hp dan hantarkan komplen anda terus kepada BMW Voice. Insya Allah masalah selesai terus tak sampai berapa jam pun. Memang saya puji bahagian aftersales sebab mereka cepat menyelesaikan masalah ini.

Sistem iDrive BMW yang canggih lepas tukar minyak hitam

Sistem iDrive BMW yang canggih utk tukar brek belakang

Sistem iDrive BMW yang canggih utk rekod servis brake fluid

Enjin lebih senyap dan lancar guna JTX Airtracker dan JTX engine oil

Lepas ni servis dah takde percuma. Katanya kos untuk servis minyak saja dah dekat seribu. Memang lepas ni pakai minyak JTX tambah dengan JTX Airtracker untuk lebih jimat minyak dan penjagaan enjin kereta. Klik sini untuk baca tentang ==>> JTX Airtracker.

Sebagai penutup, akhirnya kereta kami diservis secara percuma. Selamat RM2000 daripada melayang tak semena-mena. Jadi, kalau anda dah baca dan faham semua fakta diatas maka bolehlah pegi beli sebijik dua kereta BMW hari ni. Bak kata orang kalah membeli menang memakai.
P/s: kalau nak saya temankan anda test drive BMW boleh juga ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...