Rabu, 9 Mac 2016

Insomnia dan kesan penggunaan pil tidur


Insomnia atau sukar tidur adalah masalah yang biasa terjadi. Insomnia dikira kronik jika ia berlaku 3 malam atau lebih dalam seminggu selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Kemungkinan seseorang yang mengalami insomnia akan memikirkan untuk mengambil pil tidur walaupun ia bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik untuk merawat insomnia kerana mempunyai kesan buruk kepada kesihatan.

Pil tidur mudah didapati dan mungkin digunakan secara berlebihan. Jika di Amerika pil tidur adalah diantara ubat yang paling kerap diberikan doktor kepada pesakit tanpa mencuba alternatif rawatan lain. Mungkn juga kerana ramai pesakit yang meminta pil tidur daripada doktor apabila mengalami sukar tidur.

Pil tidur sebenarnya tidak banyak membantu seperti yang disangka. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan pil tidur hanya membantu seseorang itu tidur hanya lebih cepat 8 hingga 20 minit sahaja dan hanya memanjangkan tempoh tidur kurang 35 minit sahaja.

Pil tidur ada risiko dan kesan sampingan yang buruk. Jika anda mengambil pil tidur secara berterusan anda akan mula bergantung padanya. Anda akan sentiasa perlukan pil tidur untuk tidur. Jika berhenti, anda akan mengalami insomnia lebih teruk daripada sebelumnya. Pil tidur tidak boleh dimbil secara berterusan selama beberapa hari untuk mengelakkan masalah ini.

Pesakit insomnia mengambil pil tidur tanpa mengetahui bahaya pengambilan pil tidur

Selain itu kesan buruk pil tidur kepada kesihatan:
  • Pening dan mengantuk di siang hari
  • Pening dan halusinasi
  • Berjalan dalam tidur dan makan dalam tidur
  • Kebas tangan dan kaki
  • Selera makan berubah
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Hilang keseimbangan badan
  • Kekeringan tekak dan mulut
Ubat yang mempunyai kesan mengantuk yang dibeli melalui kaunter sebagai ubat bantu tidur seperti anti-histamin (Benadryl, Piriton dsb) juga mempunyai kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubat tersebut untuk mengelakkan kesan tidak diingini.

Kaunseling boleh membantu pesakit insomnia tanpa memerlukan pil tidur. Kaunseling jangka pendek yang dipanggil Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) boleh membantu merawat insomnia tanpa kesan sampingan. Kebanyakan orang akan dapat tidur kembali selepas belajar tabiat tidur yang betul melalui CBT.

Sebagai contoh melalui CBT seseorang belajar untuk bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari, berhenti menonton tv diatas katil, belajar bagaimana menenangkan fikiran ketika cuba tidur dsb. Kos kaunseling CBT jauh lebih murah daripada kos pil tidur yang mungkin memakan belanja RM70 hingga RM240 seminggu.

Walaubagaimanapun, pil tidur sesuai untuk penggunaan jangka pendek yang biasanya disebabkan tekanan akibat tragedi buruk yang memimpa seperti kematian ahli keluarga, penyakit major atau penceraian. Amalkan tabiat tidur yang betul dahulu sebelum mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

promosi harga murah bio velocity sleep mate


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...