Khamis, 3 Mac 2016

Kisah pembantu rumah yang cuai


Pagi-pagi buta dah saspen bila tiba-tiba isteri beritahu pembantu rumah nak cakap sesuatu dengan saya. Masa tu terus ingat pembantu rumah nak berhenti kerja. Situasi begini memang pernah terjadi sebelum ni. Tanpa banyak tanya terus saya dapatkan pembantu rumah dan tanya kenapa.

pembantu rumah lubangkan baju ketika menggosok baju
Gambar sekadar hiasan

Rupa-rupanya dia dah lubangkan lengan jubah putih anak saya. Jubah baru pakai seminggu pula tu. Terketar-ketar dia cakap dah buat silap sambil hulur not RM100 kat saya sebagai ganti-rugi. Nasib baiklah dia faham-faham sendiri, terus je saya ambil duit tu. Nak marah terus tak jadi sebab dah dapat duit.

Sebenarnya seminggu sebelum kejadian tu saya dah beri amaran kat dia. Kesnya jubah putih anak saya masih berdaki lepas dibasuh. Baru pakai sehari dibasuh tak bersih. Senang je dia jawab dah basuh tapi daki tu tak tanggal. Saya marahlah apa lagi, suruh dia basuh balik guna tangan. Saya cakap jubah tu harga seratus ringgit kena basuh bersih-bersih.

Besoknya saya bawa jubah berlubang tu pergi repair kat kedai jahit. Senang saja tampal tak perlu beli baru lagipun bahagian bertampal tu bawah lengan jadi tak berapa kelihatan. Kos cuma 20 ringgit. Bakinya 80 ringgit saya pulangkan balik kepada dia. Sekurang-kurangnya dia akan lebih berhati-hati atau dia kena keluar duit ganti rugi.

Pembantu rumah ni saya dapat daripada seorang ejen yang juga kawan kepada isteri saya. Dah ramai orang saya kenalkan kepada ejen ni utk dapatkan pembantu rumah dan boleh dikatakan pembantu rumah yang dibawa oleh ejen tersebut memang berkualiti dan jarang bermasalah. Baca artikel ini untuk info lebih lanjut >>> Ejen Pembantu Rumah Yang Dipercayai



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...