Sabtu, 17 September 2016

Garam Buluh punca salesman gagal menjual!


Selamat Hari Raya Aidiladha kpd semua penganut Islam di seluruh dunia. Tahniah juga kpd semua yg telah mengerjakan ibadah korban tahun ini. Seperti biasa saya bersama keluarga akan balik kampung beraya bersama keluarga. Cuma tahun ini kami cuma sempat beraya 2 hari saja sebab terpaksa balik semula ke KL utk meyiapkan persiapan terakhir sebelum seminar ATeam yg akan diadakan pada 18/9 iaitu besok.

Saja saya nak berkongsi satu cerita pasal kakak saya. Ketika bersarapan pagi dirumahnya di Taman Semarak. K. Terengganu sempat kami berbual-bual sambil makan ketupat dan rendang tok. Sedapnya ketupat dan rendang tu sampai tak sedar dah makan berapa biji dan berapa kali tambah rendang tu. Memang kalau bukan hari raya susah nak cari ketupat dan rendang sedap mcm ni.

Kakak saya bercerita, pernah satu hari sebelum ni ada sorang salesman datang berjumpa dengannya untuk menjual satu mesin menyukat tahap kesihatan berharga RM2500 dan vitamin suplemen yang dibawanya. Jadi dia pun buat demo, dipasangnya mesin tu dengan alatnya disambung pada lengan kakak saya. Kemudian sedikit darahnya diambil untuk dianalisis.

Lepas seketika, keputusannya diketahui dan dia dapati darah kakak saya almost perfect. Peratus darah yang rosak sangat minima, darahnya tidak pekat, sel darah tak bergumpal, pembekuan darah normal dan banyak lagi parameter lain yg kakak saya dah lupa tapi semuanya bagus. Salesman tu mcm termenung sekejap, tak tahu nak kona kut mana (nak cari kat mana kurangnya).

Akhir sekali salesman tu surrender. Dia dah tak tahu macamana nak pengaruh kakak saya ni supaya beli mesin dan suplemen yg dia jual. Tak ada alasan untuk kakak saya beli sebab dia masih sihat dan darahnya pun elok. Sebelum balik salesaman tu tanyalah "akak makan apa?"

Rupanya kakak saya ni mmg jaga kesihatan dan salah satu amalan dia adalah minum garam buluh setiap hari! Bkn tu saja, abis anak-beranak pun minum sampai anak bongsu umur 3 tahun pun dah boleh minum garam buluh dengan selamba! Kalau korang tak tahu garam buluh ni kalau first time nak minum mmg baunya agak busuk.

Tengok gambar! Abis je belasah ketupat palas dengan rendang tok terus dia hidang segelas air garam buluh. Biasa org hidang pencuci mulut lepas makan tapi kakak saya lebih cerdik, dia hidang air garam buluh untuk cuci usus! Haha! Mmg the best lah kakak saya ni sebab ambil berat kesihatan tetamu rumah.

Tadi saya beritahu air garam buluh ni berbau busuk. Sebenarnya mula2 minum saja tapi kalau dah selalu minum bau tu akan hilang! Saya rasa pelik juga tapi kemungkinan bau busuk tu adalah reaksi badan kita apabila pH badan berlawanan dengan garam buluh yg beralkali atau mungkin pada awalnya tubuh kita banyak toksin. Wallahu a'lam.

Kakak mengamalkan minum garam buluh untuk menjaga kesihatan
Kakak saya Syibrah Nasriah ni juga tokey batik Pasar Kedai Payang Trg

Ayah saya sudah berumur 90 tahun sedang minum garam buluh
ayah saya kini sudah berumur 90 tahun

Puas hati dengan kebaikan garam buluh

Bilas usus dgn garam buluh lepas makan

Dapatkan [garam buluh DISINI]
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...