Isnin, 17 Oktober 2016

Infertiliti sekunder punca gagal mengandung anak kedua


gagal mengandung anak kedua adalah ketidaksuburan sekunder atau secondary infertility

Pasangan suami isteri yg sudah mempunyai anak pertama akan teruja dan tak sabar2 nak menimang anak kedua bila tiba masa yg sesuai. Tapi keterujaan menjadi kemurungan bila hasil yg ditunggu2 tidak kunjung tiba selepas beberapa bulan mencuba.

Jika kandungan pertama dulu langsung takde masalah tapi sekarang bila nak mengandung kali kedua ianya amat sukar dan masih gagal selepas 6 bulan mencuba. Masalah kesuburan begini dipanggil infertiliti sekunder atau dalam bahasa omputih 'secondary infertility'.

Fakta berkaitan infertiliti sekunder (secondary infertility):

  • 6 daripada 10 kes mandul adalah infertiliti sekunder.
  • infertiliti primer (primary infertility) merujuk pada pasangan yg gagal mengandung selepas sekurang-kurangnya 1 tahun melakukan hubungan kelamin tanpa perlindungan (selepas setahun berkahwin).
  • infertiliti sekunder merujuk kpd pasangan yg pernah mengandung (tak kira lahir normal atau gugur) tetapi gagal mengandung lagi selepas itu. 

Punca infertiliti sekunder bagi pasangan wanita:

  • penyakit berkaitan ovulasi yg disebabkan oleh polisistik ovari atau "polycystic ovarian synrome (PCOS)".
  • kerosakan pada rahim atau tiub fallopia disebabkan oleh penyakit endometriosis (keradangan pada dinding dalam rahim).
  • penyakit radang dalam rongga pelvis (pelvic inflammatory disease atau PID) yg biasanya berpunca drp jangkitan penyakit kelamin (STD) spt chlamydia.
  • saluran peranakan tersumbat akibat ketumbuhan fibroid.
  • kerosakan pada tiub fallopia akibat kandungan ektopik yg lepas.
  • pembedahan yg lepas, spt pembedahan caesar yg boleh menyebabkan parut yg melekat pada rahim.

Punca infertiliti sekunder bagi pasangan lelaki:

  • seperti lelaki lain, mereka kurang subur bila meningkat tua. Hormon, tiub dan sperma merosot setelah umur melebihi 35 tahun.
  • mungkin dia kekurangan sperma yg sihat, iaitu bilangan sperma yg rendah atau kurang berkualiti. Kadangkala sperma mati atau tak boleh berenang dalam garis lurus, jadikannya mustahil nak sampai ke sasaran ovum anda. Penyakit, diet salah atau gayahidup tak sihat semuanya akan memberi kesan kpd sperma.

Masalah obes punca infertiliti sekunder kedua2 pasangan:

  • Bagi lelaki obes, tahap kesuburannya merosot akibat hormon tidak seimbang, manakala wanita obes atau terlalu kurus pula berdepan masalah gangguan hormon sehingga jarang mengovulasi atau langsung tidak mengovulasi.
  • Biasanya, selepas berkahwin, kira-kira 95 peratus isteri akan bertambah berat badan sebanyak lima hingga 20 kilogram (kg), manakala 70 peratus lelaki akan bertambah berat sebanyak lima kg.
  • Selain itu, tekanan perasaan akibat bebanan kerja atau masalah lain serta merokok menyumbang kepada ketidaksuburan.

Ada peluang nak mengandung lagi?

  • kejayaan sesuatu rawatan bergantung pada punca yg menyebabkan ketidaksuburan.
  • jika ingin lakukan persenyawaan in vitro (IVF), peratus kejayaan lebih tinggi berbanding mereka yg belum pernah mengandung.

Macamana jika punca infertiliti sekunder tidak diketahui?

  • jangan putus asa jika doktor pakar anda gagal mengesan puncanya.
  • lebih kurang 15% drp pasangan yg mengalami infertiliti sekunder dpt mengandung secara nromal dlm masa setahun jika terus mencuba, dan 35% mengandung dlm 2 tahun.
  • jika umur kurang 30 tahun, peluang lebih cerah berbanding umur lebih 30 tahun utk mengandung secara normal. 
  • sedihnya mmg ada ibu yg tak dpt mengandung lagi. Jika ia berlaku pada anda, bykkan bersabar dan redha dgn ketetapan Allah, pasti ada hikmah disebaliknya. Syukurlah anda dah ada seorang anak berbanding pasangan yg langsung tak dpt anak.

BACA POST >>> Punca sukar mengandung.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...