Rabu, 11 Januari 2017

Kasihan Amir cedera 'parah'


Rawatan placebo ke Amir Khalif

Masa bercuti balik kampung kami pegi ke rumah ayah saya. Sampai sana si Amir buat tantrum sbb tak dapat bukakan pintu pagar, Kamal yg dulu sempat. Pastu bila keluar kereta masa tutup pintu tiba2 dia menangis dgn kuat sambil tunjuk jari telunjuk kirinya.

Saya agak mungkin dah tersepit tadi so cepat2 periksa jari dia bimbang kalau serius. Tgk2 takde apa pun cuma agaknya tersepit hujung jari sikit je. Sapantas kilat saya dpt idea nak balutkan bandage kat tgn sbg 'placebo treatment' nak bagi dia senyap.

Lagipun bagus juga sbb dia rasa spt cedera 'parah' dan duduk diam je kat rumah ayah. Kalau tak mmg dia tak duduk diam sampai menjerit2 mama dia sbb bimbang main kat belakang rumah yg byk brg lusuh dan besi2 berkarat.

Itulah power kesan placebo. Kadang2 doktor pun bagi rawatan placebo tanpa pengetahuan pesakit. Contohnya bila doktor prescribe 'ubat' multivitamin kpd pesakit utk legakan sakit belakang. Ia berkesan dan sakitnya hilang selepas makan 'ubat' itu krn dia mmg percaya itu adalah ubat utk legakan sakit belakang.  

Parents pun selalu buat kat anak. Contoh bila anak terhantuk dan mengadu sakit kita buat apa? kita gosok dan tiup kat tempat sakit tu dan kata dah okey. Sekelip mata sakit pun hilang macam silap mata! Itulah kesan placebo sebenarnya sbb anak2 percaya kita dah merawatnya.

Ps: Amir merayu bukakan bandage lepas 15 minit sbb dah tak sakit dan terus cari ayam kat belakang rumah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...