Isnin, 23 Januari 2017

Quantum Excellent Leadership Conference CDM 2017


Perasaan sangat teruja dan semangat membara terasa seperti masih berada dalam seminar tempohari di Cameron Highlands. "QUANTUM EXCELLENT LEADERSHIP CONFERENCE CDM 2017" yang bermula 19 sehingga 21 Januari 2017 di Hotel De La Ferns, Cameron Highlands memang luarbiasa.

Banner Quantum Leadership Excellent Conference CDM 2017 bersama Eziproject
Matlamat seminar ini adalah untuk melahirkan lebih ramai pemimpin dari kalangan CDM (Crown Diamond Manager) agar dapat membina network perniagaan yang lebih besar dan melahirkan lebih ramai pemimpin yang hebat dalam kumpulan kami untuk tahun 2017. 

Menurut pakar bermula tahun 2017, ekonomi dijangka semakin merosot dan memberi tekanan kepada perniagaan konvensional. Sebaliknya kemerosotan ekonomi membuka peluang yang besar dalam perniagaan network marketing kerana perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar dan tiada risiko kerugian.

Semakin ramai yang sedar dan mengambil peluang perniagaan bersama-sama kami. Oleh itu, kami perlu cepat melahirkan lebih ramai pemimpin untuk menyokong dan membimbing mereka sebagai usahawan baru agar terus berjaya bersama kumpulan kami yang semakin berkembang.

CDM Dr Hasbi dalam seminar Quantum Leadership Excellent Conference CDM 2017 usaha Eziproject
Saya diamanahkan untuk menguruskan PA system disepanjang seminar berlangsung.

Quantum Leadership Excellent Conference CDM 2017 bersama Eziproject

Dikalangan kami ada pelbagai latar belakang profesion. Ada guru, pensyarah, physiotherapist, CEO, GM, akauntan dan saya sendiri seorang doktor. Semua ambil peluang untuk sama-sama berjaya dalam perniagaan networking.

Quantum Leadership Excellent Conference CDM 2017 bersama menjayakan Eziproject
jadi tak jadi kami mesti jadi pemimpin!

Quantum Leadership Excellent Conference CDM 2017 bersama DSY Eziproject
Cuba teka kami buat apa?

barisan leaders dalam Awesomazing Team yg berjaya membawa eziproject
dari kiri CDM Dr Hasbi, CDM Adibah Karimah, CDM Zahirine, DDM Radenina

CDM Zahirine seorang pemimpin Awesomazing Team dalam eziproject
kejayaan tak akan datang tanpa impian yang jelas

CDM Zahirine dan DDM Radenina pemimpin Awesomazing Team dalam eziproject
janji kami sebagai pemimpin dan usahawan SHOM untuk meningkatkan ekonomi negara

CDM Adibah Karimah dan CDM Dr Hasbi adalah pemimpin dalam Eziproject bersama Awesomazing Team
CDM Adibah Karimah

Ini isteri saya, selain ditugaskan menjadi mc selama 3 hari dia jugalah yang bekerja keras memastikan seminar ini berjalan dengan lancar. Sejak beberapa minggu lepas dia sibuk mencari tempat seminar yang paling sesuai dan selesa. Entah berapa banyak hotel dia call dan pergi survey untuk dapatkan yang terbaik. Dia juga seorang mentor berkaliber dalam Awesomazing Team. Good job my dear! 

Bersama CDM Dr Hasbi dan CDM Adibah aktif dalam Eziproject
SCDM Julianie 

Paling istimewa adalah 3 orang speaker adik-beradik ini. Mereka sangat senior dalam syarikat, sudah 16 tahun berbanding saya yang boleh dikatakan setahun jagung. Pengalaman mereka dalam perniagaan memang tidak boleh dipertikaikan, apatah lagi kepimpinan mereka yang sudah melahirkan beratus-ratus pemimpin hebat. 

Mentor kumpulan sama-sama aktif dengan Eziproject
SCDM Hajah Safiah Yusop

Banyak beri tips kpd usahawan baru dan juga aktif Eziproject
SCDM Suhaila Yusop

Mastermind Eziproject dan banyak melahirkan pemimpin CDM
SCDM Dato' Suhaili Yusop

Sedang berkembang bersama Awesomazing Team dgn Eziproject

Saya sendiri adalah speaker terakhir dalam seminar, menyampaikan tajuk 'The Power Of Online Marketing'. Banyak tips dan strategi online marketing yang saya sampaikan untuk membantu orang baru yang memulakan perniagaan bersama kami. Saya sendiri banyak mendapat jualan melalui online marketing, terutamanya blog www.adibahkarimah.com iaitu isteri saya.

CDM Dr Hasbi dan Awesomazing Team aktif dalam Eziproject

CDM Pemimpin berjaya melebarkan sayap perniagaan dengan Eziproject

Akhir kata, seminar "Quantum Excellent Leadership Conference CDM 2017" bukan sahaja berjaya mencapai objektif seminar bahkan ia mengeratkan hubungan sesama kami walaupun ada yang baru pertama kali berjumpa. Jalinan kemesraan juga menguatkan semangat kerjasama dalam kumpulan dan ia sangat penting bila balik berjauhan ke tempat masing-masing.

Masing-masing semua tak sabar nak lancarkan strategi gerak-gempur terutamanya Eziproject yang sedang meletup sekarang ini. Eziproject baru saja dilancarkan beberapa bulan lepas tetapi sudah menular ke seluruh negara malah sedang aktif berkembang di Singapura, Brunei, Indonesia dan Perth Australia. 

Jika anda mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin dan mahu mengambil peluang yang besar dalam perniagaan ini boleh mesej saya sendiri 012-3433661 untuk menyertai program akan datang. Nantikan update saya selepas ini menceritakan aktiviti mendaki Gunung Brinchang. Bye!  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...