Sabtu, 18 Februari 2017

Fakta Menarik Dolphin Yang Anda Patut Tahu


Siapa tak kenal dolphin atau ikan lumba-lumba, ikan daripada keluarga mamalia yang cerdas. Saya pernah melihat pertunjukan dolphin ketika berkunjung ke Gold Coast Australia beberapa tahun dulu. Kali ini saya nak berkongsi fakta-fakta menarik mengenai dolphin, manalah tahu kalau-kalau tahun ni dapat bertemu dan bermain dengan dolphin.

Fakta menarik tentang dolphin yang patut tahu serta peluang melancong ke gold coast
dolphin adalah mamalia yang sangat cerdas


Fakta-fakta menarik tentang dolphin:

  1. Berbanding dengan haiwan lain, dolphin dipercayai amat bijak.
  2. Dolphin adalah karnivor (pemakan daging).
  3. Ikan paus pembunuh 'Killer Whale' (juga dikenali sebagai Orca) sebenarnya sejenis dolphin.
  4. Dolphin jenis 'hidung botol' adalah jenis yang paling banyak dan dikenali.
  5. Dolphin betina dipanggil 'lembu', dolphin jantan dipanggil 'seladang' dan dolphin muda dipanggil 'anak lembu'.
  6. Dolphin hidup secara berkumpulan sehingga 12 ekor setiap kumpulan.
  7. Dolphin sering menunjukkan sikap yang suka bermain yang menjadikan mereka popular dalam budaya manusia. Mereka boleh dilihat melompat keluar dari air, menunggang gelombang air, bermain pertempuran dan kadang-kadang berinteraksi dengan manusia berenang di dalam air.
  8. Dolphin menggunakan lubang hembusan 'blowhole' yang ada di atas kepala mereka untuk bernafas.
  9. Dolphin mempunyai penglihatan yang sangat baik dan pendengaran serta keupayaan untuk menggunakan getaran echo untuk mencari lokasi sebenar objek.
  10. Dolphin berkomunikasi antara satu sama lain dengan bunyi 'klik', bersiul dan bunyi lain.
  11. Sesetengah spesis dolphin menghadapi ancaman kepupusan, sering secara langsung akibat daripada tingkah laku manusia. Spesis dolphin 'Yangtze River' adalah satu contoh spesis dolphin yang mungkin telah pupus baru-baru ini.
  12. Beberapa kaedah menangkap ikan, seperti penggunaan pukat, telah membunuh sebilangan besar dolphin setiap tahun.

Amacam menarik kan dolphin ni? Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta. Nah sekarang dah kenal mesti teringin pula nak tengok dan bermain dengan dolphin kan? Jom sertai saya sekarang, sama-sama kita berbisnes sambil berpeluang melancong percuma ke Gold Coast, Australia bulan 8 nanti. 

berbisnes bersama awesomazing team sambil berpeluang melancong percuma ke gold coast australia

Wassap ke 012-3433661 untuk info lanjut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...