Sabtu, 4 Februari 2017

Makan Percuma di Restoran Tony Roma's


Alhamdulillah, rezeki tak disangka bila ada orang nak belanja makan di Restoran Tony Roma's sempena hari jadi saya pada 30 Januari lepas. Sebenarnya insan ni tak lain dan tak bukan mentor bisnes kami sendiri, iaitu Hjh. Safiah Bt. Yosop dan Hj. Jamsari B. Moktar. Mereka ni jugalah yang dah banyak membantu saya dan isteri, Adibah Karimah dalam mengembangkan kumpulan kami, Awesomazing Team.

Pada hari bertuah tu saya teringin nak makan stik yang paling best kat situ, jadi saya pilih Stik Wagyu Ribeye sebab pernah dengar orang kata wagyu ni sedap. Air saya pilih Cranberry Mojito. Pada pendapat saya, rasa stik ni okey saja, sebab saya pernah makan stik di Wangsa Grill by Chef Zuber. Rasanya lebih sedap selain harganya lebih murah dengan potongan daging yang lebih besar.

Tak kisahlah makanan sedap ke tidak. Paling penting dapat makan bersama dengan jutawan otai dalam bisnes! Banyak ilmu perniagaan dan tips mereka kongsi sambil menjamu selera.  Mereka ni langsung tak kedekut ilmu dan wang demi membantu orang lain. Mahal ni tau, bukan senang nak ambil masa mereka berdua ni, Dr Azizan Osman pun pernah bayar beratus ribu ringgit semata-mata nak duduk makan dan ceduk ilmu daripada bilionair!

sambut besday dr hasbi di restoran tony roma's

sambut besday cdm dr hasbi di restoran tony roma's

sambutan harilahir dr hasbi di restoran tony roma's

nyanyian lagu happy birthday dr hasbi di restoran tony roma's

sambut birthday makan percuma di restoran tony roma's team eziproject

team eziproject sambut besday dr hasbi di restoran tony roma's
geng eziproject sambut besday dr hasbi di restoran tony roma's

semangat team bersama eziproject sambut besday dr hasbi

Itu saja untuk perkongsian kali ini. Kalau kata orang 'life begins at forty' bermakna saya belum lagi menikmati hidup yang sebenarnya..hehe. Lagipun sekarang tengah sibuk menjayakan projek bisnes terbaru bersama EziProject. Bagi sesiapa yang berminat nak tahu tentang EziProject atau berhasrat nak tambah pendapatan bersama kumpulan EziProject bolehlah masuk laman web ini: 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...