Khamis, 9 Mac 2017

Tiga posisi tidur yang sesuai jika sakit belakang


Sukarnya nak tidur jika mengalami sakit belakang, betul kan? Setiap kali nak baring atau bergerak terasa amat sakit. Saya pernah rasa suatu ketika dulu, sakit belakang yang amat serius. Sampaikan setiap kali nak bangkit terpaksa berpusing dan merangkak perlahan-lahan untuk bangun. Tersilap sikit sakitnya bukan kepalang lagi.

Saya nak berkongsi cara tidur yang betul agar sakit belakang cepat lega dan tidak berpanjangan. Caranya adalah tidur dalam posisi yang tidak memberi tekanan kepada tulang belakang. Tidur dalam posisi neutral, dimana tulang belakang tidak terlalu melengkung atau tidak terlalu lurus.

Tiga posisi tidur yang sesuai untuk orang yang mengalami sakit belakang:


posisi tidur mengiring boleh mengurangkan sakit belakang disamping penggunaan lapik tilam bio velocity sleep mate
Bila tidur mengiring, letakkan sebiji bantal diantara kedua lutut. Cuba kekalkan kedudukan kaki diatas agar tidak jatuh kebawah. Anda juga boleh letak segulung tuala kecil di bawah pinggang agar lebih selesa. Bagi orang Islam, posisi tidur mengiring adalah sunnah Nabi dan banyak kebaikannya untuk kesihatan.
terapi tidur posisi menelentang untuk mengurangkan sakit belakang dgn bio velocity sleep mate
Bila tidur terlentang, letakkan sebiji bantal di bawah kedua lutut. Anda juga boleh letak segulung tuala kecil di bawah lengkung belakang untuk rasa lebih selesa.
terapi tidur posisi meniarap untuk mengurangkan sakit belakang dgn bio velocity sleep mate

Kebanyakan orang dapati dua cara pertama berkesan, tetapi jika tidak anda boleh cuba tidur meniarap dan letakkan sebiji bantal dibawah perut. Jika anda menggunakan tilam yang terlalu lembut, mungkin anda akan rasa lebih selesa bila tidur di atas lantai.

Apabila nak bangkit dari tidur, ikut langkah-langkah ini:
  1.  Mengiring ke sebelah mengadap tepi katil
  2. Bengkokkan kedua lutut
  3. Jatuhkan kaki dari tepi katil sambil kedua tangan menolak badan untuk duduk
  4. Mengensot ke tepi katil dan bersedia dengan kedudukan kaki dibawah punggung
  5. Berdiri perlahan-lahan, sambil mengekalkan posisi neutral belakang


testimoni sembuh sakit belakang dgn bio velocity sleep mate terapi tidur
[KLIK SINI]


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...