Rabu, 26 April 2017

Kisah ayah sebagai testimoni pelapik Bio Velocity


Semasa Hari BIO VELOCITY pada 8 April lepas, saya ada menceritakan kisah pengalaman ayah saya sendiri setelah menggunakan pelapik Bio Velocity kira-kira 4 tahun lalu.

Ketika itu saya dijemput sebagai wakil testimoni bvsm, bercerita mewakili ayah saya dalam majlis yang sama, Hari BIO VELOCITY yang diadakan pada 29.9.2013.

Kira-kira 3000 orang datang dari seluruh negara untuk mengetahui kelebihan pelapik Bio Velocity yang disahkan keberkesanannya untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia oleh Prof. Edward Krizanhovsky, seorang pakar fizik dari Rusia.

Saya ingin sekali nak berkongsi laporan kajian yang dilakukan oleh profesor tersebut tetapi hari ini saya nak tunjukkan klip video pendek ayah saya yang digunakan sebagai testimoni ketika tu.

Masa tu ayah saya berusia 87 tahun, sudah lumpuh dan berkerusi roda selama setahun. Tetapi boleh bangun dan berjalan selepas hanya 3 hari menggunakan pelapik bvsm. Sangat luarbiasa.. 


Alhamdulillah walaupun sekarang ayah saya sudah berusia 91 tahun tetapi ingatannya masih kuat. Beliau sudah berhenti menjalankan tugas sebagai tukang kadi namun masih mengajar mengaji di rumah.

Walaupun tahap kesihatan ayah saya tidak berapa menentu sejak akhir-akhir ini tetapi dia sangat suka menghabiskan masa bercucuk tanam di kebun belakang rumah. Saya doakan ayah panjang umur dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. Amiinn.

Soalan? sila wassap ke http://www.wasap.my/60123433661


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...