Rabu, 7 Februari 2018

Kenangan Pertama Kali Ke Seoul Korea


Apa khabar awak? lama tak dengar berita kan. Biasalah sejak pertengahan tahun lepas saya agak sibuk dengan macam-macam urusan selain hal kerja sehingga terlalai untuk mengemaskini blog saya ni. Itu okey lagi..

Paling dahsyat saya sampai terlupa nak perbaharui lagganan domain blog ni www.drhasbi.com sehingga terlepas tarikh luput pada 16 Januari lepas. Terkejut besar bila isteri saya tiba-tiba wasap saya beritahu blog saya dah hilang!

Nasib baiklah godaddy beri tempoh 30 hari sebelum domain ni dibuka untuk jualan. Masa tu mungkin saya tak dapat nak gunakan domain ni lagi. Alhamdulillah selamat.

Okey, tanpa banyak membebel saya sebenarnya nak beritahu yang kami baru balik dari Seoul, Korea. Macam biasa, pergi dengan pakej percutian tajaan SHOM yang bertaraf 5 bintang. Ini kali ke-dua saya dan isteri ke Korea Selatan.

Ini trip pertama kali saya ke Seoul Korea, pada tahun 2013. Masa ni musim panas, jadi cuaca lebih kurang Malaysia. Seronok bila dapat melancong bersama kawan-kawan. Semua orang jadi 'gila-gila' bila kat sana.

kenangan ke Seoul Korea bersama Awesomazing Team

Klip video kami di Korea masih dalam proses jadi saya nak kongsi klip video Korea kami yang dahulu, jom saksikan!  


Terbaru saya dan kumpulan Eziproject sama-sama melancong ke Seoul Korea pada 20-25 Januari 2018. Lebih seronok sebab masa tu musim sejuk beku.

Nanti dah siap video klip tu Insha Allah saya akan post kat sini. Tunggu ye..!

p/s: kalau awak nak tahu apa tu Eziproject bolehlah intai-intai hashtag #eziproject kami.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...