About Me

Assalamualaikum wbt.

Nama saya Hasbi bin Harun, berasal dari Terengganu. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Saya berkelulusan ijazah MBBS (IMU) pada tahun 2003. Saya bersama isteri, Adibah Karimah mula serius dalam perniagaan network marketing pada tahun 2010 dan kami terus fokus pada platform ini sehingga ke hari ini.

Kami telah melalui pelbagai liku dan jurang disepanjang perjalanan kami dalam perniagaan ini tetapi semuanya berakhir menjadi pengalaman berharga yang menjadi pengajaran dan panduan untuk kami terus membantu lebih ramai usahawan agar sama-sama berjaya dalam kumpulan ATeam. Kami percaya dengan usaha dan kerjasama yang padu kami akan berjaya mencapai impian kami dengan cara yang amat profesional.

Saya dan isteri berusaha dengan bersungguh-sungguh serta nekad untuk memberi komitmen 100% kepada kumpulan untuk terus maju dan berkembang bukan sahaja di Malaysia malah sudah menembusi pasaran Brunei, Singapura dan Indonesia. Kami juga sangat menitikberatkan strategi pemasaran secara online yang berkesan.

Disebabkan itu, kami memberi komitmen luarbiasa dengan berguru dengan dengan beberapa orang tokoh pemasaran internet seperti Sifu Najib Assadok, serta tokoh-tokoh usahawan dan pakar pembangunan diri seperti Dr Azizan Osman, Pak Ari dan Hj Fadli. Semua ilmu yang kami pelajari drp mereka akan disampaikan kepada kumpulan dalam latihan dan seminar berterusan secara online mahupun offline .  
Dr Hasbi dan Adibah Karimah bersama dalam network marketingMengenai Dr Hasbi seorang doktor dan ahli perniagaan network marketing
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...