Ejen Pembantu Rumah yang dipercayai.



Ejen Pembantu Rumah yang dipercayai menawarkan pembantu rumah Indonesia dengan harga murah

Pembantu rumah kini menjadi keperluan rumahtangga.


Kehidupan sekarang telah banyak berubah. Kalau dahulu istilah "perempuan kalau belajar tinggi-tinggi akhirnya ke dapur jua" agak relevan tetapi sekarang tidak lagi. Sekarang tidak kira samada belajar tinggi ataupun tidak, kaum hawa terpaksa bekerja untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat. Melainkan berkahwin dengan suami bergaji besar atau tinggal di luar bandar dengan kos hidup yang rendah.

Apabila suami isteri bekerja maka timbul pula masalah penjagaan anak-anak. Mujurlah kalau ada ibu yang sanggup membantu tapi kalau tidak maka pusat jagaan anak-anak lah jawapannya. Kos untuk menghantar seorang anak sahaja sudah mencecah RM300 sebulan. Jika anak sudah dua atau tiga orang maka lebih baik ambil pembantu rumah sahaja. Pembantu rumah boleh menjaga anak-anak disamping mengemas rumah.

Kos mengambil pembantu rumah terlalu mahal.


Bila permintaan terhadap pembantu rumah tinggi, maka ramailah ejen yang tidak berdaftar mengambil peluang menyediakan pembantu rumah. Memang bagus kerana rata-rata harga yang ditawarkan mereka jauh lebih murah daripada agensi pembantu rumah berlesen yang mengenakan yuran RM11,000- RM14,000 untuk seorang pembantu rumah Indonesia. Alasannya kos membuat permit sudah mahal dan semua pembantu rumah yang disediakan sangat terlatih.

Jika mampu tiada masalah. Tetapi mesti ingat, yuran semahal mana pun tidak menjamin pembantu rumah yang diperolehi akan taat bekerja sehingga habis kontrak 2 tahun. Pengalaman saya sendiri terkena bila pembantu rumah yang diambil dari ejen berlesen hanya bertahan setahun setengah sahaja. Beberapa orang kawan saya pun terkena, hasrat mahu pembantu rumah yang profesional dan terlatih terkubur. Walaupun harga berbelas ribu ringgit, pembantu rumah mereka tetap lari selepas beberapa bulan bekerja.

Rata-rata majikan yang pernah ada pembantu rumah akan mencari ejen tidak berdaftar untuk mendapatkan pembantu rumah seterusnya untuk mengurangkan kos dan kerugian jika pembantu rumah tersebut tidak bertahan lama. Yuran yang dikenakan ejen pembantu rumah tidak berdaftar ini jauh lebih murah daripada agensi berlesen. Bezanya cuma pembantu rumah yang diperolehi hanya mempunyai Social Visit Pass yang bertempoh 30 hari. Namun majikan boleh memohon permit kerja sekiranya mahu dalam tempoh tersebut.

Sukar mencari ejen pembantu rumah yang jujur.


Masalahnya bukan senang nak jumpa ejen pembantu rumah yang jujur. Saya pernah ditipu ejen pembantu rumah beberapa kali sebelum ini. Cara penipuan mereka bermacam jenis dan adakalanya pembantu rumah juga bersekongkol dengan ejen mereka dalam taktik penipuan mereka. Nauzubillah minta dijauhkan dari mereka ni. Jika dikira jumlah kerugian yang telah saya alami sebenarnya hampir sepuluh ribu ringgit!

Kebanyakan ejen pembantu rumah yang tidak jujur sebenarnya 'bidan terjun' yang ingin mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan keatas mereka yang terdesak memerlukan pembantu rumah seperti saya dahulu. Mangsa mungkin tertarik dengan pakej harga yang murah dan terpedaya dengan pembohongan sejarah latar belakang pembantu rumah yang diberitahu kepada mereka.

Ejen pembantu rumah yang tidak jujur biasanya akan menjual pembantu rumah 'kosong' iaitu tiada permit kerja mahupun paspot. Mereka sedia ada menetap di negara kita sebagai pendatang tanpa izin dan pernah bekerja dengan majikan lain sebelumnya. Masalah pembantu rumah yang 'kosong' adalah kita tidak tahu sejarah sebenar mereka. Kemungkinan mereka ini adalah bekas pembantu rumah yang melarikan diri ataupun mempunyai banyak masalah.

Sukar mendapat pembantu rumah yang bagus.


Jika anda berurusan dengan ejen yang jujur kemungkinan anda ditipu dan kehilangan wang deposit akan kurang. Namun bukan ejen pembantu rumah sahaja yang suka membuat onar tetapi pembantu rumah itu sendiri yang kadang-kalanya bermasalah. Macam-macam perangai yang saya pernah jumpa baik yang pernah bekerja dengan saya ataupun cerita daripada orang lain. 

Diantara mereka ada yang tabiatnya suka bercakap bohong, ada yang suka curi tulang, ada yang suka mencuri duit, ada yang mabuk bercinta dengan ramai lelaki dan macam-macam lagi. Ada yang kelakar cerita mengenai pembantu rumahnya yang kuat makan. Mana tidaknya kalau makan nasi satu periuk sehari! Anak saya pernah didera pembantu rumah tapi tidaklah teruk.

Masih ada ejen pembantu rumah yang jujur.


Alhamdulillah, sekarang saya sudah berjumpa dengan ejen pembantu rumah yang baik dan jujur. Akhirnya saya dapat pembantu rumah yang bagus sehinggakan saya sanggup perkenalkan ejen ini kepada semua kawan saya. Sudah lebih sepuluh orang yang saya bantu dapatkan pembantu rumah daripada ejen ini. Syukur sebab semua pembantu rumah yang dihantarnya bagus dan tiada sebarang masalah.

Jika anda inginkan nasihat percuma berkenaan pengambilan pembantu rumah bolehlah Whatsapp saya 012-3433661. Saya bukan ejen pembantu rumah tapi mungkin boleh berikan nasihat berguna berkenaan ejen dan urusan permit dsb. Saya tak mahu anda turut menjadi mangsa penipuan ejen yg tidak bertanggung-jawab.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...